Mac kini tiba di 2010. Cepatnya masa berlalu. Pejam-celik nanti dah sampai penghujung tahun. Perkembangan diriku apa? Mujur tak pengembangan je lah.Perkembangan yg sangat membanggakan tahun ni mungkin adalah menjadi 'ibu tinggal' (plus 4 plus 1 maid hehe).
8 tahun lepas, tak pernah terlintas pun akan jadi seperti skrg. Dan bila dikenang semula zaman cuti tanpa gaji dulu, sebenarnya saya boleh tak payah cuti. Malaysia kan selalu boleh. Tapi ye lah. Saya terima dan mengaku sesungguhnya waktu tu masih muda belia, belum matang. Agak bergantung pada org. Belum lagi percaya pd kekuatan mental.Alhamdulillah, walaupun semakin hari semakin tak muda, sebenarnya setiap hari kita menjadi matang.
Saya pun tak pasti bagaimanakah 'ibu tinggal' tanpa pembantu. Susah juga tu. Semalam, saya keluar bersama seorang 'girlfriend' yg juga berstatus sama dgn saya, yg baru je menghantar pulang pembantu Indonesia. Beliau mengakui hari-hari yg dilalui agak mencabar bila takde maid. Namun, bukannya bermaksud bila si suami pulang di hujung minggu, akan mengurangkan stress dgn house chores. Boleh jadi bertambah dan ditambah-tambah lagi. Apa lagi, kalau si dia yg pulang itu, beranggapan bila dia balik, rumah mesti kemas, bersih, wangi. Haha. Kenapa rumah kita dah tak mcm dlm magazine? Mungkin kah jawapannya: sebab kita hidup di dunia nyata, bukannya dlm magazine..?
Pengalaman yg saya lalui sekarang, tidak pernah dilalui oleh mak saya. Ibu mungkin kagum dgn ketabahan saya. Atau juga Ibu mungkin menjadi sgt susah hati melihat keadaan saya? Saya harap Ibu terus mendoakan saya selamat menjalani kehidupan sehari-hari sehingga Dr Suami saya balik. Pada saya, wanita yg lagi tabah ialah mak mentua saya. Dia sememangnya 'otai ibu tinggal'. Suaminya Pengurus Ladang yg kerjanya di dalam hutan yg baru buka utk dijadikan ladang. hehe. Dgn itu, Cik menjadi seorang wanita yg betul-betul independent cumanya financially dependent la sbb kerjaya Cik ialah Suri Rumah Sepenuh Masa. Itulah ketabahan yg saya nampak pd mak mentua saya yang harus dicontohi.
Tugas-tugas ibu tinggal yg berkerjaya seperti saya ialah seperti: Pagi: menyiapkan kanak-kanak yg bersekolah, yg kadang-kadang terganggu bila yg kecil sudah bangun minta susu (tapi jarang sbb sebelum 6pg, selalunya dia sudah diberi minum dan tidur semula). Kemudian, menjadi supirwoman ke sekolah-sekolah sambil menghadapi traffic jam di pagi hari. Mengejar 'Punch In'. Menghadapi persoalan hidup di jabatan saya. Sebelum tghari: Fikiran terbang seketika menyinggah rumah, sekolah. Bila pasti semua OK, petang itu akan terasa cepat. Tengahari kadang-kadang terpaksa juga ke sekolah tapi dah tak sekerap minggu pertama dan kedua bermula sesi Tahun 1 kakak. Petang: Mengejar semula masa, risau kakak tak dapat menahan kencing sbb biasanya dia takut nak ke tandas di sekolah. Cepat-cepat ke tadika atau kdg-kdg menumpang toilet tadika utk kakak. Dan seterusnya tiba di rumah, si 2 tahun no.3 dah menunggu di muka pintu, menyanyi-nyanyi happy melihat kami semua pulang. Sekejap je ceria, nanti abang no. 2 usik dia sampai nangis. Kakak no. 1 yg kepenatan adakala suka mencetuskan konflik. Huru hara lah seketika dgn no 1, 2, 3. Baby no 4 bila dah nampak Mama, mesti minta perhatian. Walaupun tgh minum dari botol, nampak je Mama, terus taknak minum. Dan, panjang lah lagi cerita-cerita rentetan dari PAGI setelah mata terbuka. Cerita 1 hari tu tamat bila semua mata tu pejam kerana tidur.
(akan di sambung semula)
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
1 comments:
sian lah "ibu tinggal" ni yerkk.. gila lah padat jadual ko..
aku yg baca pun dah rasa penatnya..
Post a Comment