Tuesday, May 11, 2010

satu, dua, tiga, empat..biasakan.

Kalau bukan satu, dua..
Kalau bukan satu atau dua, tiga..
Kalau bukan satu, dua, atau tiga.. empat...

Senario di pagi hari sewaktu tgh sibuk bersiap nak keluar rumah ke sekolah, tadika, taska dan pejabat. 4 orang 7 tahun ke bawah, dikendalikan oleh seorang Mama. Setiap hari. Nampak macam tak tercapai daya. Tapi, yg menakjubkan, saya mampu mengharunginya. Yg kagumnya, sesuatu situasi itu cuma dicetuskan oleh seorang sahaja daripada 4 beradik itu. Dan yg menduga kesabarannya, setiap hari pasti ada konflik.. :)

Pagi ini, walaupun Iman dari malamnya mengamuk dan merengek (disebabkan oleh ulser dlm mulut dan baru baik demam) Kakak dan Abang sangat bagus. 6.30 pg sudah berada dalam bilik mandi. Kebiasaannya, jenuh Mama nak kejutkan. Mungkin termotivasi dgn....


..jadual harian yg diisi sendiri dgn kerelaan masing-masing....

Harap-harap, mereka berdua dapat membiasakan diri. Tak lama lagi Wati pun dah nak selamat tinggal.
Saya pun cuba membiasakan diri mengurus rumah dan 4 beradik nanti. Apa saja dugaan dan cabaran yg bakal saya tempuhi, saya percayakan pertolongan Allah... Hanya pada Dia tempat saya bergantung harap. Semoga dipermudahkan.. Ya Lateef..

2 comments:

manisz said...

aku sokong ko!!

jika fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukannnn..

tetiba lagu ni popular balik sal skang musim piala thomas/uber.. :-)

z.r.k.z said...

oo yeahh...

thx.. only girls understand girls..

GIRLS?