Wednesday, March 30, 2011

amali ujian & Prof Kamil

(Part I- hujung minggu)
SMS hantar: nak pergi tak ceramah hari Selasa malam?
(lama)
SMS balas: tak tau lagi.

(Part II- ptg sebelum program)
soalan: saya teringin sgt nak pergi jumpa Prof.
jawapan: pergilah.
(terkejut)
soalan: betul-betul?
jawapan: kalau dinner dah setel oklah
(teruja!!)

waktu terima jawapan bahagian II tu, masa dah kesuntukan. saya tak sempat bertanyakan dgn yg lain. SMS pun berbalas lambat. hati berbelah bagi utk memandu ke sana kerana hujan dan memandu malam markah saya C. tapi sebelah hati lagi kuat utk bertemu dan mendengar ceramah Prof secara langsung. jadi saya pergi juga selepas selesai solat Maghrib.

tiba di bypass, lori-lori-lori besar-besar belaka meluncur deras. hujan tidaklah lebat tapi akibat titisan air dari lori dan jalan basah benar-benar membataskan jarak penglihatan saya. waktu itu saya menerima SMS Dr Huda, ceramah sudah bermula dan tajuknya "Bagaimana Menghadapi Ujian". Saya masih berada di tengah-tengah highway dihimpit lori besar depan dan belakang. selepas melewati Koleh Shahputra, saya memandu perlahan. tak berani memintas lori yg bergerak perlahan di hadapan. lori besar di belakang saya memintas dgn lajunya. cermin depan dan belakang  sangat berkabut. hati berdebar-debar.

tiba di persimpangan ke Permatang Badak, saya mebelok ke kiri. Lori-lori tu dah tak ada lagi. keyakinan berputik semula. sehinggalah bertemu lagi jalan besar simpang menuju ke KPTM tempat ceramah berlangsung. kereta banyak. saya membelok ke kanan dan mencari-cari signboard KPTM di sebelah kiri. saya tak nampak! Ya Allah..

saya terus memandu sehinggalah terjumpa simpang ke kiri menuju ke Pekan. hati terdetik.. sah! sesat! jalan di situ dlm pembinaan menyebabkan saya betul-betul tak dpt mengecamnya. di depan KIPSAS saya telefon Kak Midah. "zaza kene patah balik. dah jauh awak pergi"..... aduh.. jalan ke Pekan itu juga byk lori. saya pun U turn. jauh rupanya U turn nya. 500m. sampai di simpang tempat bermula kesesatan td, kereta kembali banyak. kiri dan kanan jalan sedang dlm pembinaan. saya terus memandu dan mencari-cari U turn seterusnya. berjaya dan terus mencari semula traffic light tempat saya tersasul di awal tadi. saya U turn lagi.

disebelah kiri saya mencari signboard KPTM. tak jumpa! saya cuma nmpk signboard Taman Guru. jadi saya masuk dan sesat lagi. Dr Huda menelefon saya. rupanya simpang kedua selepas traffic light. saya keluar semula dari taman perumahan tu. barulah saya nampak signboard KPTM! Allah.. betul-betul menguji saya..

sampai di perkarangan kolej itu, azan Isyak dah berkumandang.saya cepat-cepat ke surau dan mencari Kak Midah dan Dr Huda. telinga menangkap kata-kata ucapan penutup Prof Kamil. hati terasa berkeping-keping retak. saya terpandang Dr. Huda, Nadirah dan mereka memandang saya dgn pandangan keharuan. Prof mula mengangkat tangan menadah doa. saya cuma berkesempatan menadah bersama. hati sayu, gembira bercampur baur. Prof Kamil di depan mata. bersungguh-sungguh berdoa. Masya Allah. amiin..aminn.. semoga Prof segera sembuh dari sakit yg menimpanya.

semuanya dirasakan sgt pantas. Prof menuju ke pintu. Kak Mahani (kenalan Dr Huda) menuju ke arah Prof dan bertanyakan soalan. "akak nak tanya soalan pd Prof? pergilah tanya.. ikut Kak Mahani" gesa Dr Huda. saya terkedu. dah jd tak tau nak tny apa. oh..buku..buku.. Maklang saya kirim buku..! saya cepat-cepat mengikuti Kak Mahani.

"ada pd student" kata Prof. Prof kelihatan tergesa-gesa. dari dekat wajah Prof mmg nampak penat dan tak berapa segar. dgn tak malunya saya memberitahu "Prof, saya org Besut". Prof: "Ohhh..!" :P

kemudian saya berjemaah dgn student dan 'org luar' (yakni kami yg menjadi jemputan Kak Mahani sebenarnya). selesai bersolat, Kak Mahani yg sgt mesra tu bersalaman dgn hampir semua org di surau. baru saya tahu rupanya Kak Mahani bekas pengajar kolej tersebut. Dr Huda mengesyorkan saya ikut Kak Mahani berjumpa dgn Prof (dgn dekat). saya teragak-agak tapi Kak Mahani beria-ia. saya ikut saja. di bilik makan VIP di kantin kolej, kami duduk bersama. Prof berbual-bual (bercerita/berceramah) di meja lelaki dan kami para wanita di meja bulat yg lain berkenal-kenalan. kemudian Kak Mahani meminta izin nak bergambar. dan kami pun bergambar.

saya tak tahu nak ucapkan apa cuma rasa bertuah kerana dpt juga akhirnya bertemu Prof. Alhamdulillah. Thank you Allah.. memang Allah nak jadikan pertemuan ini sgt bermakna (memorable).

2 comments:

manisz said...

oh wow! alhamdulillahhh.. akhirnya dpt juga ko jumpa "idola" ko yer..

dia sakit eh?

z.r.k.z said...

walaupun seketika cuma.. nnt kalo prof dtg tmpt kita, aku mesti mengajak ko bersama2.. sham, sudikah?
yep, prof mengalami 'bell's palsy'.. ko baca entry blog kat sini http://muhdkamil.org/blog/2011/03/22/makin-hampir/
dah seminggu dia tak sihat.