apa saja yg berkaitan dgn hubungan antara kawan (perempuan aje), saya begitu sensitif.
gembira mereka, saya berkongsi rasa.. sedih mereka pun saya berkongsi rasa. rasa yg mendalam. Allah jadikan ia begitu. kedalaman yg tak terjangkau. ianya asli. tidak dibuat-buat. tidak boleh diperbuat. tidak menjadi kalau saja diperbuat-buat. Allah menjadikannya begitu.
saya pernah cuba mengawal diri dari terlalu mengambil berat akannya. ia menjadikan saya seorang yg 'ignorant'. kelihatan sombong dan jahil. rupanya saya tidak menyukai rasanya. janggal dan dangkal buat saya. inilah ujian Allah buat saya. saya perlu berpada-pada dlm perihal menjadi peka.. bersederhana dlm menyayangi..
dalam mengenali siapa sebenar musuh dan kawan.. kita perlu mengenali diri sendiri terlebih dahulu..
mungkin bila menjadi manusia yg jahil untuk berpura-pura, saya begitu mengenali yg berpura-pura. ianya jelas di wajah mereka. kdgkala kelihatan di wajah atau perkatan-perkataan org-org disekeliling si pura-pura td. saya hanya cuma mampu berdoa, agar Allah berikan kekuatan pd diri saya, dijauhkan dari rasa membenci mereka dan perasaan buruk sangka.. moga-moga Allah kurniakan setiap dari kita hidayah Nya dan kasih sayang Nya.. dunia ini bersifat sementara.. semua yg kita miliki bukannya hak kita yg mutlak.. ianya pasti akan kembali pd Allah.. jd saya hanya mampu memohon daripadaNya.. Ampuni dosa saya..
Sudah hampir ke penghujung musim sejuk dan Ramadhan 1433
-
Lama betul tidak mengemaskini blog. Sibuknya 'winter' dgn aktiviti memasak
;)
"Ratatouille"
'Artwork' anak-anak semakin bertambah, cuma belum ada peralat...
12 years ago
2 comments:
apa jua yang ko rasa, aku pasti manis2 belaka..
moga diampunkan segala dosa kau dan aku..
aku ni bykkkkk sgt dosa, jadi ko doakan aku yer..
kalau manis2 semua, pun bahaya.. kencing manis.. hehe. bagaimana nak hargai manis kalau tak rasa pahitnya..
aku sentiasa mendoakan kesejahteraan kawan2 semua.. InsyaAllah..
Post a Comment