Thursday, May 26, 2011

sebalik bulan

bulan itu bulat sfera. tapi dari bumi kita nampak bentuknya yg pelbagai. ia sebenarnya sebelah satu permukaan yg sama sahaja. ianya tidak berpusing pada paksi seperti bumi. pernahkah ada perasaan ingin tahu..apa kisah sebalik bulan yg kita tak nampak itu..

hati manusia begitukah juga..? sebelah yg kelihatan..dan sebelah lagi tak kelihatan. hanya empunya diri sahaja yg tahu (mungkin?). yg terang berkongsi terang.. yg gelap berkongsi gelap. namun alangkah baik andainya gelap itu sebenarnya kegelapan yg mulia.. kegelapan yg membina. kegelapan seperti sepertiga malam, ruangan buat si abid yg ingin bertahajud bemunajat menghadap al Khaliq. mengumpul cahaya yg tidak kelihatan di mata kasar tapi menambahkan jadi terang hati yg terang.

namun hakikatnya terang atau gelap, bulan dan hati tetap milik Allah. nyata atau sembunyi, Dia maha mengetahui. bulan itu sentiasa berzikir dan patuh pd perintah Allah. bulan mengikuti bumi yg juga taat pd Allah. bumi berputar atas kekuasaaNya. tidak pernah bumi melawan arah pusingan menghuru-harakan sang bulan.


jujurlah pada diri sendiri dan kepada Allah.. bersihkanlah hati dgn membanyakkan ingatan pada Ilahi..dunia cuma pinjaman buat kita semua.

0 comments: