Ramai yg bertanya ke manakah menghilangnya tuan empunya blog ini..? Jawapannya, masih lagi sihat walafiat cuma terlalulah tiada masa utk bertenggek di depan PC bercerita tentang benda-benda yg selalu dicerita. Walau bagaimana pun, kepada yg sentiasa bersama blog ini, saya ingin mengucapkan terima kasih banyak.. di atas komen2 kalian, dan mohon dimaafkan kerana tidak berkesempatan memberi respon kpd kalian semua. Salam perkenalan, bagi rakan-rakan baru saya, di alam maya (saya kira) yg mungkin meminati blog ini (hehehe.. fofular ke??)
Sukacita utk dimaklumkan di sini, sejak masuknya pertengan 2006, makin bertambah rezeki kawan2 dan saudara mara terdekat saya (kecuali diri saya sendiri lah). Sejak Jun yg lalu, ada saja berita gembira yg saya terima. Tahniah buat ibu-ibu yg selamat melahirkan. Ada yg baru menjadi ibu, selamat menjadi ibubapa.. dan selamat menyusukan bayi anda. hehe.. Tahniah juga kepada kalian yg sedang menunggu saat melahirkan.. Membayangkan wajah2 si comel yg ramai utk dilawati (InsyaAllah, mana yg berkesempatan).. dan melihat si kecil yg dulunya masih bayi, kini sudah pandai bercakap dan sentiasa menghiburkan. Terasa pula masa yg berlalu itu, menambahkan garis-garis di wajah, dan mengurangkan lembapan kulit saya :)
Banyak lagi cerita yg ingin dikongsi. Aduh, memang berkesempitan masa. Terima kasih sekali lagi. Selamat semuanya ya!!

April 2006, Ulangtahun ke-3, Nurhanan Safiya. Latest picture :) Sori, gmbr tak sharp.
0 comments:
Post a Comment