Saturday, October 21, 2006

Nostalgia Ramadhan & Syawal

Sesekali di pagi hening sesudah solat Subuh, terimbau kenangan zaman dulu-dulu. Lebih kurang 20 tahun yg lalu. Waktu itu, bermula 1 Ramadhan, dah pun sibuk countdown 1 Syawal. Siang hari terasa amatlah panjang. Pada hari-hari yg tewas, tak nikmatnya bila terpaksa makan di meja lain. 1987-1988, waktu tu saya bersekolah sesi petang (SRK Zainab 2). Tergugat iman apabila kawan-kawan tak puasa. Seingat saya, rasanya tahun 1989 bila mula sesi pagi, barulah puasa penuh. Tahun ini juga tahun mula pakai tudung putih dan berbaju kurung sepenuhnya. Bila diingat kembali, sebenarnya saya bertuah kerana ada mentor yg dpt saya contohi pd waktu itu. Siapa lagi kalau bukan Kakak. Kakak puasa saya pun puasa lah. Lagipun, dialah ahli yg paling aktif membuat laporan kepada Ibu. (hehe..)

Bila Syawal menjelang, kami sekeluarga akan pulang beraya di Besut. Untungnya Ibu dan Ayah sekampung, jd kami tak pernah travel jauh-jauh. Saya paling tak sabar nak jumpa bestfriend saya.. Farah a.k.a Cecepa. Topik utama yg biasa menjadi kegemaran kami ialah berapa pasang baju, warna apa. Alangkah seronok bila kadangkala warna baju kami tahun itu adalah sama. Farah biasanya akan tercongok di tangga rumah nenek (Mok) saya. (Datuk saya dikenali sbg Bapak; Allahyarham). Rumah dia cuma beberapa langkah je dari rumah Mok. Malam raya, berkumpullah kami sepupu-sepapat yg ada, dgn diketuai PakTe (adik bongsu Ibu) dan org-org kanan beliau, budak-budak lelaki, main bunga api. Oleh kerana saya ni takde abang, jd saya bergantung harap dgn mereka lah utk merasa main bunga api. Zaman ni belum ada mercun berupa bom seperti skrg. Aman damai je.

Ramadhan di zaman remaja, zaman solat terawih di masjid. Zaman ni dah mula kena tolong di dapur. Zaman ni juga zaman berjinak-jinak dgn biskut raya. Sudah tentunya, Kakak lah pioneer. Yg paling saya ingat, biskut 'hockey-pokey', resepi dari buku masakan Western. Cookie la ni. Zaman ni, Ibu dah tak buat sgt biskut raya. Mungkin sibuk dgn sekolah, tambahan pula, ahli keluarga saya bertambah. Saya ada 3 org adik yg kecil-kecil. Achik (lahir 1990), Ateh (1991) dan Sue (1993). Dan abang mereka, Nasrul (adik lelaki selepas saya), waktu ni dialah the culprit in the house. Biskut utama yg wajib buat ialah Biskut Arab. Jd, saya dan Kakak tukang gentel dan tukang golek bebola biskut Arab ni dlm gula castor atau gula pasir yg dikisar. Tak lama kemudian, kitorg je yg ambik alih tugas buat biskut ni. Biskut lain Ibu oder je.

Menjelang Syawal, seingat saya, biasanya saya ditugaskan bahagian langsir.. Waktu ni, pembantu Thai kami dah pulang ke kampung. Rumah kena kemas, sbb nanti nak balik Besut. Tahun 90-an, rumah Mok makin meriah. Ahli semakin bertambah. Sesi fotografi pun riuh rendah dgn budak-budak kecik yg tak reti duduk diam. Yg seronoknya, Syawal zaman ni, remaja-remaja menengah atas dpt duit raya lebih. Byk RM5. Terasa upgraded.

Ramadhan yg paling indah ialah Ramadhan tahun 1996. Waktu selepas SPM. Terawih yg paling best ialah pd tahun itu. Saya berada di rumah Mok dan Bapak hampir 1 bulan Ramadhan. Bila di sana, saya menjadi pembantu tauke biskut raya. Masa ni lah saya menuntut ilmu/resepi biskut dr Kolati (Makcik saya yg satu-satunya masih single waktu itu). Menghabiskan masa bersama Farah (sudah tentunya).

Dari kiri; Kolati, saya & Farah


Syawal 1996, bersama Tok Wan & Wo (Allahyarhamah) . Dewasa dari kiri: Saya, Ibu, TokWan, Wo, Ayah & Kakak. Kanak-kanak dari kiri: Sue, Achik, Ateh & Nasrul.


Kemudian, Ramadhan sewaktu matrikulasi, dan di UKM.. waktu ni sudah dikira penghujung zaman dulu-dulu saya. Rindu betul akan rumah Mok waktu ni. Bermula zaman U, saya dan Farah dah jarang dpt berjumpa. Waktu berubah dgn pantas sekali. Keluarga saya pun berpindah ke Kuantan pd Ramadhan 1999. Barulah merasa terpaksa travel jauh utk pulang ke Besut. Selepas Syawal tahun 2000, Kakak diikat tali pertunangan. Syawal tahun berikutnya pula giliran saya.

Hari ini, menjelang Syawal Ayah dan Ibu serta adik beradik saya masih lagi pulang ke Besut. Saya pun pulang ke sana pd tahun giliran keluarga saya. Tahun ini dijangka dpt bertemu Farah dan suami, yg akan beraya buat pertama kali bersama. Dgn pertambahan ahli, tentunya gamat amat di sana nanti.

Kepada si perantau (Kak Ngah dan Nuyu di Jepun, dan Dayah & Suami di Sarawak) Salam Aidilfitri dari kami di Besut, Malaysia. Insya Allah, suatu hari yg bahagia di Syawal akan dtg, kita berkumpul lagi.

0 comments: