Masa birthday

4 hari kemudian
Pagi Isnin genap seminggu birthday, dia masih muntah dan berak. Saya pun terus ambil keputusan EL. Mesti jumpa Dr Siti KSH. Abah dia pun tak komen byk. Cumanya kebarangkalian kena tahan wad mmg tinggi. Saya tak kisah dah. Janji anak aku baik. Air dah byk hilang. Minum susu pun mcm kurang selera. Akhirnya Dr Siti masukkan ke wad. Maka bermulalah episod lain. Iaitu episod kena CUCUK tang situ tang sini. Isk.
(*terjumpa member sekolah Maher, Norzafalini a.k.a Noni, kan MekYus? Dia skrg ngajar dan menetap di Rompin. Anak dia pun 3, girl, boy, girl. Dia dtg jumpa Dr Siti, sbb yg baby girl dia batuk lama. Tak sangka nak jumpa di saat-saat begini..)
Masuk wad tingkat 2 KSH. Iman masih berulang kali berak. Byk kali kene usung tiang drip tu ke toilet. Wad ni crowded sikit. 4 katil. Sepatutnya duduk wad paeds tingkat 1 tapi penuh. Ramainya anak-anak sakit. Saya je la ibu yg asyik berulang ke toilet.
Dalam wad

Kawan baik dlm wad (beberapa kali hampir terkena muntah Iman)

Hari ke-2 dlm wad tingkat 2, line IV pertama kat tgn kiri Iman bermasalah. Sejak malam tu lagi sebenarnya drip tak masuk. Pagi esoknya saya bagitau misi. 2-3 org jugak misi dtg belek. Yg kawan ni meraung tak hengat la. Ok sekejap lepas Subuh tu tapi problem semula lepas saya mandikan Iman. Terpaksa bukak dan set baru katanya.
Nmpk dia lemah sgt ms ni

Tengahari tu Dr Siti set line baru. Tangan kanan pulak. Iman bagaikan terseksa sekali. Hari ke-2, kami dapat tukar bilik single. Nmpk Iman pun ceria sikit sbb dah tak sebising wad tingkat 2. Mama pun boleh la nk bergolek bebas sedikit walaupun boring takde member berbual dah. Malam tu Iman masih muntah walaupun berak dah kurang.
Masa-masa tak best dlm wad sbb boring tertambat pd tiang drip (line ke-2 kat tgn kanan)Tapi ni dah last day, hari ke-3

Malam lepas maghrib, dgn sukacitanya Iman dah boleh balik. Berak dan muntah dah takde. Tapi..masih kena dtg hospital utk 6 kali lagi suntikan. Dah sihat sikit ms ni. Line kat tgn x off lg

Penyeksaan masih belum berakhir. Hari kedua lepas keluar dr wad, line tgn kanan bengkak pulak dah. Kena set baru lagi. Sepatutnya ubat suntikan habis mlm Sabtu, terpaksa la tunda ke hari Ahad. Dr Siti set lagi utk kali ke-3 kat kaki kanan.
Hari terakhir suntik antibiotik.

Kiranya saya 2 minggu dari birthday Iman (2hbFeb) mmg tak berhenti berulang ke toilet. Seminggu dgn hal cucuk tang sana sini. Berulang dari IM ke Tok Sira. Alhamdulillah, hari ni semua tu dah berlalu. Tinggal kenangan dan pengajaran.
"Saya dah sihat"


0 comments:
Post a Comment