
Oleh sbb saya ni positif kuman Strep Group B (GBS positive) maka baby kena tahan di wad SCN (neonatal) utk IV antibiotik selama 24jam. Jenuh pula nak kena naik tingkat 6 utk menyusukan (walaupun sebenarnya dia dlm jagaan nurse).

Petang esoknya, baby pun dah dpt keluar. Barulah bermula episod tak tidur malam.. dan susu tak berapa byk. Dan juga episod Mama demam sbb 'blocked duct'. Serta episod NNJ (kuning). Ni sebelum misi kata kena gi check serum bilirubin.

Pagi Ahad 23/8/09, saya bersiap semula ke hospital walaupun masa tu belum pasti admitted atau tidak. Instinct Mama selalunya kuat. Mmg kena fototerapi sbb SB agak tinggi.. 365+. Menung panjang juga nak buat keputusan nak masuk hospital mana. Memikirkan susah nak ke sana ke mari, maka suami saya pun ambil keputusan utk masuk KSH. Bayar utk kelesesaan. huhu. takde pilihan lain. Di KSH, Dr Siti lagi yg merawat. Teringat ms Iman admitted dulu. Rasanya berbaloi walaupun bayar extra. Alhamdulillah, mujur ada extra bed utk saya sbg 'lodger'..menginap utk menyusukan baby je. Lepas 24 jam, SB dia turun sikit 248.. dan lepas 48 jam, turun hingga 198. Ptg Selasa 25/8/09, kami pun balik.
Sepanjang kat KSH, macam-macam benda terjadi di rumah. Pintu bilik terkunci, siling ranap, dan ade org injured. Ujian di bulan Ramadhan sbenarnya..
Apapun, kami berjaya melaluinya. Dan pada hari ke-7 kelahiran baby boy ni.. sebuah nama tercipta iaitu Iyaas Hakeem b. Hilmi, 18/8/09

Iyaas: pemberian; Hakeem: yg bijaksana..
:)
Mama mendoakan yg terbaik utk beliau..
0 comments:
Post a Comment