Thursday, April 30, 2009

saya belanja PM baru RM32.27

(wah, hari ni berjaya update lagi)

Hari ni tarikh tutup e-filing. Semalam mmg susah nak masuk e-LHDN. Dari pagi sampai petang barulah saya berjaya tandatangan dan hantar online. Kemudian, saya tny MakFiza, tak submit ke? Dia jawab, malas nak amik pot, sbb pertama, susah nak masuk (mungkin sbb halangan 'web sucurity', yg kedua, dia tak ingat kata laluan, ketiga sbb dia dah tahu dia takkan kena cukai. Saya terus nak menyibuk selepas dia bagitau En.Gebu nya mmg taksir berasingan. "Ko tetap kena submit..kang dapat surat". Di hujung nak habis waktu pejabat, saya offer perkhidmatan percuma kat MakFiza dan niat cuba utk 'hack' masuk e-filing dia. hehehe.

Istimewanya, dlm percubaan saya utk masuk ke e-borang saya sendiri, saya tersalah kata laluan. Percubaan kedua baru betul. Tapi utk MakFiza, dgn jayanya saya masuk tanpa kesilapan menggunakan kata laluan pun! Mmg saya rasa saya tahu apa kod rahsia beliau. Muahahaha! Kebetulannya, line tiba-tiba je laju. Semua tu berhikmah. Sbbnya? Sbb daripada niat suci murni nak tolong submitkan utk seorang sahabat, maka saya telah menyedari yg submission e-BE saya sbnrnya ada kesilapan! Bila masuk dan isi lagi e-borang MakFiza lah baru saya perasan yg dlm e-borang saya, saya sbnrnya tak isi pelepasan Zakat, Insuran nyawa dan KWSP! :(( Sebab tu kena RM32.27 dan dah siap pun bayar online jugak!

Hahaha. Takpelah. Afdlin Shauki pun bangga bayar cukai utk kerajaan. Apa salahnya saya belanja PM baru sempena kebaruannya dlm menjadi PM Malaysia ke-6.

(Kalau sejuta rakyat tersalah taksir mcm saya.. dah berapa RM ye.. )

lalala..

Wednesday, April 29, 2009

rehat

2 hari saya dpt M.C. Jangkitan saluran pernafasan atas (Upper respiratory tract infection-URTI). Aiseyman. Dlm BM kelakar pulak bacanya. Bahasa mudah utk difahami semua lapisan masyarakat ialah batuk (je). Ehehe. Tapi bukan 'batuk je' jugak. Batuk yg buat awak rasa tak selesa. Sakit kepala. Lesu. Perlu REHAT kata Dr Fa'iza yg sememangnya sgt particular dgn profesion keibuan ni.. Duduk rumah yg betul-betul rehat. Baby hantar baby sitter. Memang tak de istilah REHAT di hujung minggunye kalau mcm tu.. So...M.C la..lalala.

Tiap kali minum Bena Expectorant yg sgt kuat komposisi dadahnya tu, saya akan rasa sgt bersalah. Sbb mmg akan tewas selepas 1/2jam minum. Kemudian pengsan sejam. Seterusnya bila dah jaga, jadi lalok. Pergerakan perlahan.. Entah macamana sbnrnya fungsi ubat tu dgn batuk ni. Agaknya mengurangkan perbuatan batuk tersebut kot. Ubat antibiotik pun Dr suruh makan. Saya siap setkan reminder dlm handphone. "Erythromycin" pukul 8am, 4pm dan 11pm. Mesti habiskan dlm ms seminggu. Mesti baik minggu depan. InsyaAllah.

Hari ni pun kerja ada tapi takde kerja lain yg dtg. Oleh demikian, saya mengambil kesempatan utk hantar borang e-BE yg masih tak hantar-hantar sbb menyangkakan tarikh tutupnya 30 Jun. hahaha. Masa awal-awal dulu kalau tak silap saya Taksiran 2008 masih belum dibuka dlm e-filing LHDN ni. Lps tu takde pulak pengumuman..atau saya yg ketinggalan tak tahu lah. Dan hari ni, server amat lembab mcm siput gondrong. Sebab tu saya ada masa utk menyapu sawang-sawang dlm blog saya ni. Tuan Doktor saya dah ambil pelepasan anak 3 x RM1000. Hmmm... ambil la. Saya tak buat apa-apa pelepasan pun kecuali majalah RM100.. lain-lain takde. Heheh. Maka buat pertama kalinya, saya terkena cukai sbyk RM 32.27. Tahun depan pelepasan anak 4 x RM1000. Mintakla sorang kot. hehe..

Rilek nya hari ni. Boss tak dtg mencari. Agaknya dia pun tgh mengadap PC utk hantar e-BE yg lembab ini.

*****
SMS antara saya dgn Kakak saya, Teacher Mimi:

Saya: I dpt M.C today. Batuk. Tapi bukan selsema b.i.b.a.

Kakak: Hahaha. Nasib baik tak.. Kalu tak, jenuh kena samak.

Friday, April 17, 2009

boss dah balik.. so i very the busy

kita tgk mana yg sempat di update dan upload.

isy..try nak upload.. x boleh pulak hari ni.

lain kali lah.

huhu. (atau tgk kat Facebook)

Tuesday, March 24, 2009

iman pasca cirit-birit

Awal Feb lepas Iman diserang cirit-birit. Masuk antibiotik dgn minum susu LF, akhirnya Iman sembuh. Tapi malangnya lepas keluar wad 2 minggu, dia minum semula susu lama dan cirit-birit semula. Maka sememangnya perut dia tak dapat tolerate dgn susu berlaktosa maka Dr pakar suruh sambung minum susu LF. Sebulan dia minum susu LF dan sebulan ini jualah kami berekspidisi mencari susu ini yg sgt lah limited edition ni (susu ni cuma ada tin kecil. RM30++ satu tin yg bertahan 3 hari utk Iman).

Prof Wahab (Pakar Kanak-kanak UIA) rekemen minum Enfa lps sebulan minum susu LF. Sekarang dah hampir sebulan minum susu LF dan Dr Abah beli Anmum Essential sbg susu susulan. Saya dah rasa tak sedap hati sbb yg pertama, kalau dia taknak, maka susahlah pengasuh kat taska nak melayan dia. Yg kedua, tak pasti lagi Iman ok ke tak dgn susu tu. Takut cirit semula. Prof kata Enfa berisiko rendah utk sebabkan diarrhea, kecuali baby tu mmg lactose intolerance.

Skrg ni isunya Iman tak nak minum susu lain sbb dah biasa dgn susu Mamex LF. Rasanya kena bagi dia cuba minum susu lain masa hujung minggu, waktu Mama ada kat rumah. Tin kecil Mamex LF kehabisan malam td. Pukul 6 pagi td bancuhkan susu Anmum Essential kat dia dan dia tak nak. Pukul 8 pg, taska SMS, Iman taknak minum. Saya dah boleh bygkan dia menangis-nangis. 8.50 pg lps sarapan, saya bertekad nak pergi cari susu kat Giant dgn harapan Giant dah buka pukul 9 pg.

9.07am: Sampai depan pagar Giant yg tertutup rapat. Rupanya Giant buka pukul 9.30 pg. Agh!
9.20am: Kat bandar. Depan Farmasi Lim. Pun tutup lagi. Farmasi berhampiran semuanya tutup lagi!
9.40am: Saya kat Jalan Beserah. Mencuba nasib kat kedai sensei. Parking takde. Park je kereta kat kawasan kuning pili bomba depan kedai. Tanya sensei tapi Mamex LF takde. Saya pun beli Enfalac LF sbg langkah berjaga-jaga. Tiba-tiba dtg idea..
9.45am: Saya ke Klinik Pakar Kanak-kanak Yaw. Saya berniat nak beli susu manalah tahu ada jual. Tapi dorg tak jual susu. Dan dgn menebalkan muka saya tny, ada sampel susu tak? Susu LF ada tak? Boleh mintak tak 1? Huahua... Mujurlahhhh.. ADA, MAMEX LF. Rasanya mcm nak terduduk menangis kesyukuran je kat situ.
10.00am: Saya merempit balik IM. Terus pegi taska. Iman tgh tidur.
10.15am: Merempit balik opis.

Pengajaran: Nak tukar susu, kena bagi cuba minum dulu dalam masa 24jam. Mesti standby dgn susu yg dia sedia minum takut-takut dia taknak susu baru. Dan..takdelah terpaksa redah 1 bandar cari susu yg sememangnya payah nak jumpa, limited edition. Nak pulak di awal pagi tgh kedai tak bukak lagi. Itu tak kira malam buta. hhuuhhuhuh..

Friday, March 20, 2009

XX-XY-XX-XY..bagaimana?

semalam saya pergi antenatal checkup. free consultation sbb Dr Suhaiza offer jadi 'model' utk refreshment training on 4D ultrasound machine yg Dept of O&G beli. dapat la tangkap video realtime si kecil ni tgh tidur yg sekejap-sekejap bergerak buka mulut, buka-tutup muka ciku-cak. hehe.

dan dgn jelasnya tanpa susah payah Dr terus dpt tangkap objek berbentuk 'arrow'.. hehe.

Alhamdulillah. seperti yg saya dah agak.. sbb simptom sepanjang kehamilan ni, mcm nak sama je dgn simptom waktu hamil Hasif. suka minum air cincau dlm tin. hehe. dan waktu Hanan dan Iman, saya bermasalah dgn kulit muka. dan selalu terasa ugly mcm betty.

saya tak pasti sama ada mmg ada kaitan ke tak. saya sgt 'hangin' dgn Hasif skrg. ada je benda yg dia buat saya rasa nak marah. tapi Hanan dan Iman saya ok. hehe. dan semasa hamilkan Iman, Hanan jugak la yg suka buat saya marah. tapi dgn Hasif saya ok. Cian pulak..

petua dari saya? rasanya mmg kebetulan rezeki Allah semuanya ni. tapi rasanya mungkin teori dlm entry kat bwh ni ada betulnya. hehehe. sekiranya anda mempunyai kitaran haid yg tetap, dan nak tahu teori baby girl atau boy dlm penerangan yg insyaAllah mudah difahami, boleh email saya. hehe. ok.

how to conceive a boy?

If you've found this article, it makes sense to assume that you're trying to conceive a male baby and you suspect (rightly so) that there are things that you can do to greatly increase your odds of having success with this. In the following article, I will tell you three steps that can raise your odds of getting pregnant with a boy to one as high as over 90%.

It's All About Getting The Y Sperm Chromosome To Fertilize The Egg First: Natural gender selection really comes down to one thing - which sperm chromosome (X or Y) gets to and fertilizes your waiting, healthy egg first. If the Y is the victor, you'll have a boy. The same is true if the X edges out the Y.

But, nature has upped the odds by giving these guys very different characteristics. The boy sperm are much faster than the girls, but are also much weaker. So, each chromosome has an advantage and a weakness that you can exploit to get the gender that you want. Since you want a boy, you'll need to maximize the Y's speed while downplaying it's weakness.

The Timing That Gives The Y Guys The Advantage: Remember that the boy sperm can't live for very long because of their weakness. So, you'll want to conceive on the day that you ovulate (or the day after, at the very latest) so that these weak fellows don't have to sit, weakening by the hour, waiting for your egg. If you are even a day early, many of the Y's will have already weakened of died off.

Obviously, it's so important to know when you ovulate. You must know this with razor sharp accuracy. Don't make the common mistake of just guesstimating half way through your menstrual cycle or trying to interpret arbitrary temperature or cervical mucus. Use a method that gives you a concrete yes / no answer. I like ovulation predictors for this. And, I particularly like the saliva predictors because they are cheaper in the long run, reusable, and extremely accurate. Plus, you aren't limited to only early in the morning or first morning urine.

The Sexual Positions That Favor The Y Or Baby Boy Producing Sperm: Again, we are trying to downplay the fact that the boy sperm can't live for a very long time. Another way to do this is to use deep sexual penetration positions that place the sperm right where it needs to be so that it doesn't have a long, hostile trip. Examples are rear entry positions or seated female dominant.

Why You Probably Need To Lower Your Acidity And PH If You're Trying To Get Pregnant With A Boy Baby: The final piece of this puzzle is manipulating your acidity and PH. The reason for this is that the boy sperm will quickly be quite compromised in a highly acidic vagina. You can find out just how acidic yours really is by testing with PH test strips that you can get at a health food store. It should then be pretty obvious if you are naturally alkaline or acidic.

To conceive a boy, you will need a pretty low PH or alkaline vagina. You can achieve this in a few ways. The first is to load your diet with alkaline foods and to omit acidic foods. I know this probably doesn't sound too appetizing, but you're not restricting your calories, only your acidic foods. And, you only need to do it until you reach your optimal alkaline reading. There are food list to help with this.

The other way to alkalize your body is to douche. I'm not typically taking baking soda and water unless you are already extremely alkaline already. Which solution you use is going to depend on the reading you are getting with the strips. Again, there are recipes that make this pretty painless and you can keep right on testing so that you know when to stop.

I realize that many women think that douching is old fashioned, but again you only need to do this until you reach the correct level. (And, frankly, it you use both the food and the douching methods, you'll likely get the results you need much more quickly so that you don't have to do either for very long.)

The most important thing to remember when getting pregnant with a boy baby is using all of these things to give the Y guys their best chance. You need to weed out the X sperm so that everything in your vaginal tract is Y - so that the only possible outcome is a son. And, the best way to do this is to make sure you address all of these things. Omitting even one would likely let some X's slip through, which is exactly what you don't want.

Conceive A Boy is a website I set up to make the process of having a son a bit easier. I've included step by step instructions and resources for the douching recipes, food lists, and PH testing strips mentioned in this article as well as hints, tips, and support. Check it out if you like at http://conceive-a-boy-baby.com/

Article Source: http://EzineArticles.com/?expert=Sandy_Dean

Tuesday, March 17, 2009

update, kemaskini dan membebel

lama tak masuk sini. lama jugak tak update FB ke, FS ke dan semua yg perlu update. takde mood dan tak punya masa sgt. apa pun, sejak masuk bulan Mac, alahan (alahan ke) dah semakin pulih. mabuk petang tu boleh dikatakan takde dah. angin Mac sangat mengujakan dan menceriakan. banyak dengar berita-berita baik tentang kawan-kawan. kerja pun ok. 'sifu' menampakkan kesudian nak mengajar.. dan tentang kerja 'tolong sapu' a.k.a kerja pe'on, saya berlapang dada je. support each other with no personal intention. belajar dan terus belajar..

sepanjang hari, minggu, bulan..setiap masa, kita selalu je berdepan dgn ragam manusia. apa pun perangai org, saya ni kebiasaannya, suka atau tak suka saya terima je dgn hati rela. biarpun terpaksa. cuba ikhlaskan niat. inysaAllah, minta dijauhkan sifat dendam atau apa-apa yg berkaitan. walaupun kadangkala, saya mmg rasa tersepit di antara kawan atau keluarga.. tapi saya cuba sedaya upaya menyusun kata-kata terbaik supaya jgnla menyinggung hati org. biarpun hati sendiri terguris.

tapi, dlm menjaga hati org, ada juga ketikanya, tak sengaja, melukakan jugak hati org. ataukah lebih baik berdiam diri? jgn komen atau komplen.. atau ada baiknya juga berkura-kura dlm perahu.. berninja turtle dlm bot.

ada org tak kisahkan org pun. nak kutuk main kutuk je. nak komen sesedap rasa. terang benar kata-katanya. tapi ada juga yg berlapik nya haii..sampai tak larat saya dibuatnya. sebagai manusia biasa, saya tak biasa dgn kedua-dua sikap kontras tu. bg saya, lebih baik berkata benar dan jujur tapi kita mesti juga berbudi bahasa.

org lebih tua mesti dihormati. tapi org lebih tua pun mesti tunjuk yg dia reti hormat org. kalau tak mcmmana org muda nak belajar menghormati org. kalau org lebih tua tunjukkan sikap buruk sangka terhadap jiran tetangga, org yg lebih muda pun mesti terdorong jugak. kalau org lebih tua tak menunjukkan sikap yg rajin dan bertanggungjawab, jgn harap org lebih muda nak jd lebih rajin dr mereka.

saya ni 'complicated' yakni rumit. apa benda yg saya buat mesti saya fikir jauh ke dalam, bengkang bengkok bersimpang siur. saya juga spesis kalut. saya perlukan seseorg yg boleh kurangkan masalah-masalah ni dgn memberikan idea dan cdgn, dan tak perlukan seseorg yg suka kritik atau kutuk sbb ianya tak membantu. ada benda yg saya perlu org komen tp bukan di masa-masa akhir. saya juga tak boleh cari di mana lokasi saya simpan sesuatu barang atau dokumen sekiranya saya diminta mendapatkannya dlm masa 5 saat. tapi akhirnya saya dicop sbg lembap. baiklah, saya menerima dgn hati terbuka.

bagi saya, adalah lebih menenangkan jiwa kalau kita dpt menjadi seorg yg pemaaf. tak apa kalau tak boleh lupa asal anda tak berdendam. forgive and forget. kalau 'forget', tak ada la pengalaman pahit yg boleh dijadikan pengajaran. yg pahit benar saya mmg tak boleh lupa. tapi insya Allah, saya maafkan. jd maafkanlah saya juga.. I'm soriiiii..

kata-kata indah dr jemari saya:

1. belajar utk ber'empati' (bukan berempat, berlima, berenam)~ Empathy is the capacity to share and understand another's emotion and feelings. It is often characterized as the ability to "put oneself into another's shoes", or in some way experience what the other person is feeling. Empathy does not necessarily imply compassion, sympathy or empathic concern because this capacity can be present in context of compassionate or cruel behavior.(sumber:wikipedia)

2. ikhlaskan hati, bersangka baik

3. senyum yg ikhlas

4. berlapang dada

5. renungkan hikmah disebalik dugaan, cabaran, ujian dan sewaktu dgnnya..

(saya suka dgr Pakcik FK berceloteh maaf tulisan berkecenderungan mengulangi ayat-ayat pakcik itu. eh, ada org tak suka dgr motivasi.. agaknya sbb tiada erti baginya.. seperti dugaan Allah itu hanya dia yg rasa..cian..)

wallaha'lam. silakan komen. saya tak marah.

Tuesday, February 24, 2009

Maid & g4p3..

Bermula dgn minggu ni selepas baca blog Uda..pasal maid.

Terdetik di hatiku yg mana sbnrnya kemungkinannya Ramadhan tahun ini akan jd sedikit lebih mencabar dari tahun-tahun yg sudah. Kalau tahun lepas dugaan Ramadhan tanpa Abah dia. Tp takdelah susah sgt sbb hari-hari beli. hehehe. Lagipun budak 2 org tu bukan puasa. Lagi best sbb pagi-pagi cuma.. bangun pagi gosok gigi cuci muka mkn roti minum susu untuk sahur.

Ramadhan akan dtg akan ada ahli baru. Due date betul-betul kena 1 Ramadhan. Dan saya tgh berkira utk kali keduanya nak berpantang sendiri kat rumah comel ku. Dan semestinya si dia tak mengizinkan. haha. Tp bergantung pd perubahan-perubahan. Di mana mungkinkah akan ada maid? Atau mungkinkah ada makcik yg dipanggil confinement lady yg rela berkorban di bulan Ramadhan ke rumah saya? Atau relakah si dia cuti sebulan utk jaga isteri yg sedang berpantang? (hihhih..logic ke magic?) Sebenarnya MAID itu adalah pilihan terakhir. Saya tak suka maid sbnrnya. Org luar, dlm rumah. Lps tu kita kena fikir makan minum hati perut dia sekali. Lps tu kita kena bagi arahan yg berulang-ulang. Lps tu dia tak faham. Lps tu kita rasa nak marah bila dia over manjakan anak-anak kita. (Kejadian manjakan suami belum penah rasa tapi na'uzubillah..) Lps tu kita tak tahu nak bagi dia buat keje apa lagi. Lps tu kita rasa kesian kalau dia terkurung dlm rumah tp tak sanggup kasi dia keluar. Lps tu dia boleh cerita macam-macam kat mak-mak kita pasal kita anak beranak. Lps tu kena buat medical checkup. Lps tu tak pass. Lps tu kene hantar balik. Lps tu cari maid lain. Lps tu dpt yg tua.. semput sehari je nak balik. Lps tu ganti baru lagi. Lps tu dpt yg byk mulut pot-pet2 lidah tak bertulang tp penipu. Lps tu agen takmo ganti duit dan byk lagi lps tu.

Kesimpulannya saya mmg tak suka maid. Sbb taknak menyusahkan lagi byk pihak, kami mungkin kena pakai maid. Alamak. Mesti saya kena ulang sejarah lama. Anak ditinggalkan dgn bibik. Saya paling tak sedap hati fikirkan yg ni, lebih dari susah hati fikir hntr nursery. Dah lama takde bibik kena bina balik minda yg positif ttg maid. Jadi saya bolehla nak share komen-komen pengunjung blog Uda ttg maid. Rata-rata tak bagi komen yg memberangsangkan minda yg positif. hehe.

Berkenaan..setahun hanya sekali bersalin semula tahun ini.. hehe. Alhamdulillah rejeki. Tahun baru 2009 dan maal hijrah saya tak begitu bersemangat sgt sbb tgh fenin-fenin. Skrg je baru rasa sedap sikit badan. Kebuyungan masih dikaburi dgn kekeringan saya. Mujur masalah jerawat tak mcm bawak Iman dan Hanan dulu. Mungkinkah..ini simptom utk bayi XY... (heheh..mcm Kyle XY plak). Saya dan si dia yg bertanggungjawab itu menerima dgn redha dan penuh dgn kesyukuran dan kegembiraan. Tak seterkejut dan seterpanik waktu lekat Hasif sbb masa tu gap dekat benar. 13 bulan! Kali ni Iman mungkin dah boleh bercakap, berlari..tak terlalu baby la kan..

Saya dah potong line ramai org. Kepada yg 3plus: Marliana, MekYus, Ros, En.Abuamiir.. 2plus: Umie, MakFiza, Kak Su dll lagi.. Saya tumpang lalu ye.. Semoga kalian terus berminda positif utk menerima ahli baru. Masa sorang, risau nak masuk dua, dah dua, berkira nak masuk tiga.. dah tiga, jauhnya lagi nak ke nombor empat. Tapi bila dah sampai masanya, Alhamdulillah, tak sesusah yg dirisaukan selama ni. Sbb bila ada baby baru semua akan jadi comel.

:) semoga Allah permudahkan.. amiin.

Wednesday, February 18, 2009

Iman dan Februari 2009

Sempena Iman ulangtahun kelahiran pertama, saya diuji dgn penyakit diarrhea yg menimpa saya dan Iman. Untuk Mama, mungkin sbb byk sgt mkn lauk kenduri. Tapi Iman, kemungkinannya berjangkit dari taska. Iman mula muntah dan cirit birit pd hari jadinya. Mlm tu, byk kali tukar pampers yg kebocoran. Pagi esoknya, bangun dr tidur, muntah-muntah. Tapi pagi Selasa, Rabu, Khamis, Iman ke taska seperti biasa. Cikgu pun takde komplen Iman berak byk kali cuma muntah je, 1-2 kali. Tapi waktu malam mmg Iman bocor-bocor lagi. Khamis malam Jumaat, kami bawa Iman untuk imunisasi MMR (12 bulan) di klinik Al Amin. Kami tak lah pula beritahu Dr Sayuti yg Iman tgh diarrhea. Tapi oleh sebab Iman tak demam pun, ij dia kena suntik jugak. Mlm nak tidur tu, Iman muntah mcm biasa. Dan berak lagi. Bgn tidur pun mcm tu. Hati saya dah tak berapa sedap. Paginya pesan kepada taska minta call kalau Iman muntah lagi. Dan mmg taska call. Saya pun 'half day' hari Jumaat tu. Bdn Iman pun panas sikit mungkin sbb kesan MMR tu. Saya bagi dia PCM, dan cuba bagi minum ORS (air garam mineral). Esoknya, Sabtu, dia nmpk OK.. tapi saya tak ke mana-mana. Walapun masih berak-berak, tp dia aktif. Ahad pun mcm tu. Cirit birit takde lah makin teruk tapi tak baik-baik. Ibu suruh jumpa Paeds.

Masa birthday
4 hari kemudian
Pagi Isnin genap seminggu birthday, dia masih muntah dan berak. Saya pun terus ambil keputusan EL. Mesti jumpa Dr Siti KSH. Abah dia pun tak komen byk. Cumanya kebarangkalian kena tahan wad mmg tinggi. Saya tak kisah dah. Janji anak aku baik. Air dah byk hilang. Minum susu pun mcm kurang selera. Akhirnya Dr Siti masukkan ke wad. Maka bermulalah episod lain. Iaitu episod kena CUCUK tang situ tang sini. Isk.
(*terjumpa member sekolah Maher, Norzafalini a.k.a Noni, kan MekYus? Dia skrg ngajar dan menetap di Rompin. Anak dia pun 3, girl, boy, girl. Dia dtg jumpa Dr Siti, sbb yg baby girl dia batuk lama. Tak sangka nak jumpa di saat-saat begini..)

Masuk wad tingkat 2 KSH. Iman masih berulang kali berak. Byk kali kene usung tiang drip tu ke toilet. Wad ni crowded sikit. 4 katil. Sepatutnya duduk wad paeds tingkat 1 tapi penuh. Ramainya anak-anak sakit. Saya je la ibu yg asyik berulang ke toilet.

Dalam wad
Kawan baik dlm wad (beberapa kali hampir terkena muntah Iman)
Hari ke-2 dlm wad tingkat 2, line IV pertama kat tgn kiri Iman bermasalah. Sejak malam tu lagi sebenarnya drip tak masuk. Pagi esoknya saya bagitau misi. 2-3 org jugak misi dtg belek. Yg kawan ni meraung tak hengat la. Ok sekejap lepas Subuh tu tapi problem semula lepas saya mandikan Iman. Terpaksa bukak dan set baru katanya.

Nmpk dia lemah sgt ms ni
Tengahari tu Dr Siti set line baru. Tangan kanan pulak. Iman bagaikan terseksa sekali. Hari ke-2, kami dapat tukar bilik single. Nmpk Iman pun ceria sikit sbb dah tak sebising wad tingkat 2. Mama pun boleh la nk bergolek bebas sedikit walaupun boring takde member berbual dah. Malam tu Iman masih muntah walaupun berak dah kurang.

Masa-masa tak best dlm wad sbb boring tertambat pd tiang drip (line ke-2 kat tgn kanan)Tapi ni dah last day, hari ke-3
Malam lepas maghrib, dgn sukacitanya Iman dah boleh balik. Berak dan muntah dah takde. Tapi..masih kena dtg hospital utk 6 kali lagi suntikan. Dah sihat sikit ms ni. Line kat tgn x off lg
Penyeksaan masih belum berakhir. Hari kedua lepas keluar dr wad, line tgn kanan bengkak pulak dah. Kena set baru lagi. Sepatutnya ubat suntikan habis mlm Sabtu, terpaksa la tunda ke hari Ahad. Dr Siti set lagi utk kali ke-3 kat kaki kanan.

Hari terakhir suntik antibiotik.
Kiranya saya 2 minggu dari birthday Iman (2hbFeb) mmg tak berhenti berulang ke toilet. Seminggu dgn hal cucuk tang sana sini. Berulang dari IM ke Tok Sira. Alhamdulillah, hari ni semua tu dah berlalu. Tinggal kenangan dan pengajaran.

"Saya dah sihat" "..dan gembira meneruskan aktiviti bebas di rumah"

Monday, February 02, 2009

tercipta untukku


Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku


Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Artist: Ungu


Happy 1st Birthday to Nur Iman Husna
(2nd Feb 2008)

Friday, January 16, 2009

menjadi ahli keluarga seorang tabib..

Perbualan di antara saya dgn Dr peribadi di rumah:

M: Bang, batuk la skrg. Kahak mcm tersangkut je. Perlu antibiotik ke?

DrH: Tak perlu. Nanti saya beli ubat batuk cap ibu & anak.

Perbualan di antara saya dgn Dr lain kat klinik UIA:

M: Boleh ke saya mkn cough tablet ni,Dr?

DrF: Zaza, I tak pernah prescribe utk pregnancy. Lagipun you skrg first trimester. Anyway, lozenges ni you boleh ambik. Maxolon ni pun ok. Tapi nanti you tanyalah balik dgn Doktor you kat rumah, ok?


oh yeah..

Wednesday, January 14, 2009

iman 11 bulan +

Awal bulan depan Iman Husna saya genap lah 1 tahun. Cepat betul masa berlalu. Gigi dah keluar 4 batang. Jalan dah maju 2 langkah. Kerusi dah boleh panjat. Suka curi masuk dlm bilik air utk main air. Dan macam-macam. Yg terkini dah boleh panggil Kakak tapi dia tak sebut 'KAKAK' la. Mula-mula perasan yg mmg dia panggil Hanan masa dia main bawah meja (menyorok la konon) dan dgn kuatnya dia memanggil seseorang. "NAAAAAAAAAAA...NAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA..!!" Dan bila Kakak pandang, dia akan ketawa kesukaan. Pagi tadi pun, masa semua org sibuk bersiap, dia dah bangun minum susu sambil tgk TV. Bila jemu, dia panggil lagi 'Hanan' dan rasanya lepas tu macam dia sebut nama saya je.. err.. bukan ZATUR RAWIHAH la tp.. "Mammmmaaa... Maammmaaaa..."

Iman tak semontel Hanan pd usia ni. Dan kulit Iman lebih gelap sedikit berbanding Kakak dan Abang. Selalu je dgr org komen Iman ni 'kemas' dan 'tegap' cepat boleh berjalan. Kalau Tok Abah, mesti dia akan kata kulit Iman lembap je.. (sbb berpeluh) dan sebab tu Iman sihat :D Kulit Iman juga byk tercalar-calar dan merah-merah. Mmg boleh tahu kenapa tercalar sana sini. Yang merah-merah tu.. kene gigit semut sbb suka main kat laluan semut.

Ini dia buah hati kami sekeluarga..


Thursday, January 08, 2009

kejam

Saya pernah nak termuntah tgk dokumentari kekejaman Pol Pot kat History Channel. Saya tak sanggup baca atau tengok berita sekarang.

Saya hanya mampu berdoa. Dan menyampaikan mesej ini:

Pemimpin Hizbullah Syed Hasan Nasrallah minta seluruh Muslimin untuk lafazkan Al-Fath ayat 26-27, Yunus ayat 85,86 dan 88. Tolong sebarkan..



Tolong bacakan LA ILA HA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR & Surah Al-Ikhlas (3x) untuk Masjid Aqsa yg sedang dikepung oleh Israel.



Ya Allah.. Selamatkan dan tenangkan saudaraku di Palestin.

Tuesday, December 30, 2008

Salam tahun baru..

Wednesday, October 27, 2004, 11:05:48 AM

nuun: allahumma solli ala saidina muhammad
nuun: tibbil quluuubi wadawa'iha..
nuun: wa afiatil ajsadi wa shifa'iha
nuun: wa nuril absori wadhiya'iha

nuun: selawat dan salam ke atas nabi
nuun: penawar hati dan pengubatnya
nuun: dan sihatkan jasad dan rawatinya
nuun: dan cahaya mata dan meneranginya

penyembuh hati dan menawarkannya...penyihat badan dan menyembuhkannya..cahaya mata dan meneranginya


Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1430.. dan
Selamat Tahun Baru 2009..
untuk semua

p/s: tahniah buat ciksu yg dapat 8A dalam PMR :)

Friday, December 26, 2008

RESET

aaa..

Telah di'tag' oleh Aunty Munah. Tapi susahnya la mak aaii nak ikut peraturan yg telah dikepil bersama soalan-solan tu oleh kerana:

i. aku tak update music library
ii. sebab aku baru je format PC
iii. lepas tu agak rasa nak marah setengah MP3 dlm external drive aku xleh dgr dgn Windows Media Player
iv. tapi aku takde masa nak install Real Player lagi
v. aku tgh unhappy (hahahah)

(dlm hati je aku cakap tu)

~whatever

Saya tengah baru je lepas kena cuci.
Maka saya kena 'reset' beberapa perkara.
Cuba jangan mengeluh.
Buat betul-betul semula.. fokus.. jangan duduk sibuk hal orang biarpun orang sibuk hal kita.

"JUST FOLLOW THE HIERARCHY"-which is very ILLEGAL to be amended~ huu..politic..politic..
"DON'T OVER PASS"- pass away can..

lalalala..

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA.

APA YANG PENTING? -jangan lawan boss.. beeerrrdosa..

Thursday, December 18, 2008

kembali mengetuk

insya Allah.

lama tak mengetuk. tengok-tengok ada 'follower' la pulak skrg. tapi tak sempat nak link kan lagi 'follower' ni. hehe.

saya dah lama balik dari UMBI. tapi sambung kursus induksi ("eh, zaza belum gi induksi lagi?") begitulah yg akan ditanya kwn-kwn kat sini. yee.. mmg baru dapat pergi. huhu..

balik-balik dr UMBI, ada lagi kene menjadi peserta kursus Fail Meja. memula seronok, teruja tapi bila menghayati rasa serabut kepala otak. banyak pulak isu sensitif berbangkit.. bangkit mcm zombi.

hmm...

ada benda baru yg menjadi kegilaan ramai skrg dan saya antara mereka. FACEBOOK. kak oya la yg mula. mula-mula malas. tapi bila terjumpa kawan sekolah menengah, rendah, even tadika.. hahaha.. maka hari-hari tengok siapa yg add. hihi..

oklah. nak balik dah. hehe. wassalam.

p/s: masa saya sibuk berkursus, Ayah dan Bonda saya sibuk berangkat ke mekah utk menunaikan haji.. huk huk.. sabtu (20hb) mereka akan pulang. yey..alhamdulillah. baru kjp td Ayah SMS skrg dlm perjalanan dari Madinah ke Jeddah dan flight ke Brunei seterusnya KLIA seterusnya Kuantan... pulanglahhhhhhhhh....

Tuesday, October 14, 2008

hari ke-7, UMBI

minggu ke-2, hari ke-7.

org KL melaporkan dr HUKM Cheras. ahaks.

rasanya alhamdulillah dah boleh memandu dgn penuh kepastian dr rumah sewa ke HUKM. hari ni kami ambil 'shuttle bus' dr luar HUKM sbb kalau tak jenuh nak membayar parking. sehari RM5.

hujung minggu lepas, saya balik juga ke kuantan. iman, hasif dan hanan ok je. cuma iman meragam sbb sakit perut susah nak BO. bermula minggu ni, Wan tukar syif dgn Cik sbb Ciksu nak periksa PMR. jd, iman akan tinggal dgn Cik. yg lain mcm biasa, menumpang tadika kak aisya. khabarnya, aisya naik cemburu sbb cikgu lebihkan perhatian pd hanan yg pendiam, yg kontras dgn aisya yg meriah selalu itu.

penat juga balik 'last minute' ke kuantan. Dr juita (housemate) yg beria suruh saya balik. hehe. mulanya nak teman jibah 'jln-jln' kenal KL dulu hujung minggu lepas dan balik ke kuantan hujung minggu ni. tapi rasanya plan dah bertukar. masa nak tinggal tu, okla sbb anak-anak yg besar semua happy sebab sempat main air (aunty hanis yg beli kolam getah). 'pool 'sayed' party' (sempena uncle sayed tukang pam angin kolam tu). masa nak balik semula ke kuantan, penatnya.. menunggu org punya pasal. padahal boleh je balik sendiri ambil teksi. takpelah, lain kali, taula nak bajet camne.

semalam, ablong jemput utk tunjukkan jalan ke Leisure Mall.biasa la dia poyo. minum kat kenny roger's sambil dia lukiskan peta ke rumah dia. kalong dah sarat, tunggu due je. takpelah, mungkin saya ke rumah dia bila kalong dah bersalin (dan dia pesan minta 'jaga' anak dia.. hmm..iyo lah..). kemudian dia tinggalkan saya dan najibah kat mall. dan kamipun berwindow shopping sampai maghrib. dinner (buka puasa jibah) di restoren kegemaran MakFiza. lepas tu solat dan cari kasut tertutup, khas utk training di makmal UMBI yg sgt berperaturan ketat ini.

insya Allah, nak pergi jalan ke Shah Alam, Puchong atau ke Bangi weekend nanti. itupun kalau betul-betul nak stay sini dan tak tukar plan last minute. hehe..

huhu.. rindu kat budak-budak.

Thursday, October 09, 2008

UMBI dan aku yg kerdil

Hari ni sudahpun masuk hari ke-4 saya menjalani latihan di UMBI, HUKM. Memang terasa jurang ilmu bila berada di sini. Sungguh byk utk dipelajari dan besarnya tanggungjawab saya untuk kembali 'membaja' makmal kami di UIA Kampus Kuantan.

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dpt belajar drpd staf makmal UMBI yg profesional dan semuanya berdedikasi menjalankan tugas masing-masing. Pentadbiran di sini sgt mantap dan UMBI sedang dalam usaha mendapatkan sijil akreditasi. Lab assistant mereka sgt professional apatah lagi staf atasan. Pegawai Sains kat sini mempunyai ciri kepimpinan yg bagus. Saya pun terasa 'kecut' melihat mereka. Hehe.

InsyaAllah, semoga ilmu yg dipelajari dpt dimanfaatkan nanti.

Najibah dan saya sekarang dah jadi org kota metropolitan yg hari-hari sesat dlm kesesakan lebuhraya (pergh). Haha. Sesat nak cari jalan balik ke HUKM, sesat cari TESCO.. esok nak pergi servis kereta di Perodua.. Doakan kami.

Thursday, September 25, 2008

Hadiah dari selebriti dan adiknya

Waktu bersahur biasanya Abe akan buka TV1. Tengok Puan Lin bersama tetamu jemputan yg terdiri dari ustaz-ustazah serta pakar motivasi masak sambil memberi tazkirah dlm rancangan Selera Ramadhan tajaan MMVitaoils. Hehe. Saya tak dpt tumpukan perhatian pun pd teknik memasak maklumlah mengejar waktu imsak. Tersimpan juga hasrat utk membeli buku resepi Puan Lin yg katanya dijual di kedai-kedai buku dgn harga RM12.90 senaskhah.

Puan Lin sebenarnya ialah kakak sulung MakFiza. MakFiza ni, kawan satu department. (Bangga juga menjadi kawan kepada adik selebriti sbb rasanya Puan Lin mengenali saya. Hehehhehehe)

2 hari lepas, saya menerima 1 bungkusan. Pos ke alamat UIA. Saya sangkakan kad raya drp supplier. Bila saya buka, opocot, terkejut saya melihat kandungan sampul surat bersaiz A4 itu. Memang terkejut dan terharu dan bermacam-macam. Terima kasih di atas 'kezutan' biarpun tak tepat pd hari lahir saya. Untuk 2 olang adik-beladik keluarga 'HO' (ho ho ho), diucapkan..XIE XIE! (dah ucap TQ dah kat kedua-dua beladik. Puan Lin @ Kak Norz pesan lagi: MASAK, JANGAN TAK MASAK, K!~ waaa... err InsyaAllah.. hehehehe)

Kek harijadi

Walaupun keterujaan nak memotong kek tu dah tak ada, tapi saja-saja je lah buat-buat teruja sempena gabungan harijadi 4 org dalam bulan September.. saya (1809), tuan doktor (1409) dan adik tuan doktor iaitu Che'A (0809) dan sorang lagi Uncle Harith (1309), (ana punya beras..tapi dia tak balik.. Uncle Harith dan Aunty Ya aci tgk gambar kek je lah ye.. hehe)

Kek German Blackforest yg kurang umph.. atau mungkin sbb masing-masing dah kekenyangan dgn makanan berbuka. ehehe.. Tapi, mmg tak umph sgt la.. Huhu.