Sunday, January 30, 2011

apa hikmah disebalik 'rasa istimewa' ini Ya Allah..

Mungkinkah saya obsesif.
MasyaAllah.
Banyak betul rasanya kebetulan pada persamaan kisah hidup insan yg bernama Muhd. Kamil Ibrahim dgn kisah hidup saya. Terasa begitu istimewa sekali walaupun cuma mengenali beliau dari tulisan (buku dan blog) beliau dan isteri (Roza Roslan). Antaranya:
1) Prof Kamil kelahiran Besut, Terengganu. 1 kampung dgn kampung ayah saya
2) Prof dan Puan Roza memiliki 4 org cahayamata, 2 lelaki dan 2 perempuan
3) Puan Roza adalah anak kedua dari adik beradik yg ramai (beliau 7 dan saya 6) dan perasaan kekurangan kasih sayang ibu dan ayah yg dilalui beliau pd zaman remaja, amat saya mengerti :)
4) Prof lahir pd 19hb Mei~ sama dgn hari lahir Hasif Wajdi, anak lelaki saya yg kedua
5) Segamat adalah tempat yg istimewa 'buat insan teristimewa' saya.. Saya dan 'si dia' hampir setiap tahun selalu merancang melawat Segamat, namun belum berkesempatan. Dan Prof sekeluarga tinggal di Segamat.

Saya begitu teringin menjadi kenalan kepada Prof dan Puan Roza. Tapi..saya tunggu 'si dia' saya terbuka hati membaca buku Prof terlebih dahulu ;) Namun saya tak mahu mendesak. Biarlah dgn rela dan ikhlas hati 'si dia' membacanya... Saya pasti satu hari nanti.. Allah menyuluh jalan Nya.. Insya Allah..



2 comments:

z.r.k.z said...

saat entri ini ditulis, Segamat rupanya gamat dgn banjir..

Moga2 semua muslimin muslimat di sana selamat dan dlm perlindungan Allah. Semoga bersabar dlm menghadapi ujian Allah ini..

z.r.k.z said...

saat entri ini ditulis, Segamat rupanya gamat dgn banjir..

Moga2 semua muslimin muslimat di sana selamat dan dlm perlindungan Allah. Semoga bersabar dlm menghadapi ujian Allah ini..