(1999 ke tahun 2000 ye pembentukan Geng Ketam ni?)
Bermula dgn ketegangan menghadapi musim peperiksaan di UKM. Jo, Pijah dan saya (geng micro) dan kadangkala diserikan dgn Jamie, Zue a.k.a Bedah, Sab, Kak Popy, Ezan dan Shidah, mengadakan 'study group' bersama. Kebiasaannya kami menempah bilik di Perpustakaan Tun Sri Lanang (TSL), atau di tingkat koleksi jurnal TSL atau sekadar ulangkaji sambil mengecohkan suasana di bilik-bilik kami di Kolej Aminuddin Baki (Amin). Sesungguhnya kenangan waktu itu sangatlah sukar utk dilupakan.
Saya kurang pasti pada semester ke berapa Geng Ketam ini wujud. Yang paling saya ingat waktu itu mmg sgt 'stress'. Dalam pada 'stress' sebegitu, setiap dari kami mula menjadi tidak waras. Selalu 'disscussion' melencong kepada topik-topik yg langsung tiada kena mengena dgn nota yg hendak diulangkaji. Pada suatu malam menyedari kelencongan itu, seseorang yg rasanya Jo berkata "hey, cut the crap!" . Begitulah pada setiap kali 'disscussion' kami selalu mengarut, berlawak, ketawa riang ria tak sedar diri. "cut the crap" bermaksud "stop talking nonsense" atau berhenti mengarut!
Betapa sukanya melencong dan mengarut serta melalut semasa 'disscussion' maka Geng Ketam pun wujud dgn tidak sengajanya. Bukannya 'crab' ketam, tapi 'crap' yang maksudnya insolent talk or behavior (http://www.answers.com)
Entah apa-apa lah..


Geng Ketam ini sebenarnya sgt signifikan dgn tempoh perubahan-perubahan yang berlaku dlm hidup saya. Kalaulah Jo masih ingat putusnya 'YTB' dgn saya dan kehadiran 'Woody Toy Story' pula kemudiannya. hehehe. Hari ni, saya masih kekal dgn 'Woody' itu.
0 comments:
Post a Comment