Tuesday, March 06, 2007

Don't Quit

terjemahan: Jangan Mengalah

Wahai ibu-ibu, isteri-isteri.. jangan berputus asa dlm mencari kepelbagaian resepi utk keluarga anda. Untuk bapa-bapa, suami-suami seharusnya bantulah isteri anda. Tiada istilah pencen masak selepas kawin. 'Cut the crap'.

Resepi 1: Sos Bolognese a la Malaysiana
(Resepi ini dari Cuman. Terima kasih)

Bahan: Daging cincang, puri tomato, bawang putih, bawang besar, 'mix spices' (kasar), buah tomato, cili boh/blend/giling, air stok ayam

Cara: Tumis bawang putih yang dicincang kasar, 'mix spices' hingga wangi. Masukkan daging cincang, tutup kuali hingga daging masak. Masukkan bawang besar yang dicincang kasar/potong kiub kecil, sedikit cili giling, puti tomato, tomato yg dipotong dadu serta air stok ayam. Reneh dengan api kecil. Apabila sos hampir masak, masukkan sedikit lagi 'mix spices'. Reneh lagi sehingga puan dah tak larat. hehe.
Sos ini biasanya dimakan bersama spagetti, dan keju parmesan parut.

Resepi 2: Paciciolli Baked Macaroni (@ Makaroni Bakar)
(resepi dari Bonda Bongsu Saidah. Terima kasih)
Bahan:
350g macaroni
500g isi ayam
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
8-9 biji telur
Daun saderi/bawang- dimayang
Bawang goreng
Sedikit halia
Italian herbs, Oregano
Perasa

Cara: Rebus ayam + halia + garam. Setelah masak, siat isi ayam. Air rebusan digunakan utk masak macaroni. (Macaroni dimasak sehingga 'over cooked'). Tumis bawang. Masukkan isi ayam yg telah disiat, daun saderi, bawang goreng, dan perasakan. Tambahkan Italian herbs dan Oregano. Gaulkan bhn tumis ini bersama macaroni di dalam 1 mangkuk yg lain, gaulkan bersama telur. Pindahkan pula ke loyang pembakar dan bakar (oven dipanaskan sehingga suhu 180 C). (Bahagian atas macaroni dilapiskan dgn 2 biji telur-lagi). Bakar sampai masak. Tapi, tak tunggu Encik Bakar datang pun tak apa, dia bukannya suka mkn pasta-pasta mcm ni. Lagipun dia diabetic.

Resepi 3: Begedeu @ Begedel
Resepi dari Mashita Masri, terima kasih Ita)

Bahan:
6 biji ubi kentang
Daging cincang - digaul dgn serbuk kari
Daun sup/ daun bawang
Bawang besar - dipotong dadu
Kuning telur

Cara: Daging digoreng dgn minyak yg sedikit. Ketepikan. Kentang digoreng sampai kuning/lembut. Kemudian ditumbuk. Gaulkan sebati daging td bersama kentang dan bawang. Masukkan kuning telur. Perasakan dgn garam dan serbuk lada sulah. Bentukkan begedel seperti bebola dan leperkan. Sebelum goreng, celupkan ke dalam putih telur. Goreng dgn api perlahan sehingga kuning keemasan. Kalau goreng hingga coklat kehitaman, maknanya api terlampau besar. Memang betul emas tak boleh dimakan, coklat boleh, tapi dlm kes ni, kita nak makan begedel keemasan. Jangan lupa matlamat puan.

Resepi 4: Nasi Minyak
(Resepi dari Ninda Zainab)
Bahan:
Beras
Kulit kayu manis
Bunga cengkih
Bunga lawang
Buah pelaga
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Daun pandan
Air- ikut sukatan beras (bergantung pd beras, perlu air byk atau kurang)
Susu pekat
Minyak sapi

Cara: Bersihkan beras. Tumis rempah kasar dgn minyak sapi sehingga wangi, masukkan bawang dan halia. Cara untuk mengurangkan kerak pada 'rice cooker', rempah dan bawang ditumis di dalam kuali berasingan. Terlebih dahulu, rebus air dalam 'rice cooker', kemudian barulah masukkan bahan tumis ini, diikuti daun pandan dan susu pekat. Masukkan beras dan garam. Untuk menaikkan seri nasi, bolehlah ditambahkan dgn sedikit pewarna kuning atau titisan pewarna merah. Untukkan menaikkan seri tukang masak, jgn malas mandi. Itu saja.

Nasi minyak 'combo'nya, ayam masak merah atau ayam kurma bersama acar timun atau salad sayuran dan tak lengkap jika tiada sambal belacan atau sambal biasa.

Resepi 5: Kuzi Ayam

(Resepi dari Bonda Siti Meriam, bonda mertuaku)
Bahan:
1 ekor ayam (diperap dgn halia, bwg merah dan putih yg ditumbuk, garam)
Sos tomato
Susu cair
Rempah kasar: 2 biji buah pelaga, 6 kuntum bunga cengkih, 1/2 cmt lada sulah biji, 1 cmb jintan putih
Ubi kentang
Kismis
1-2 biji bawang besar (dihiris halus kemudian digoreng)

Cara: Goreng ayam yg telah diperap. Ketepikan. Rempah kasar digoreng tanpa minyak, kemudian ditumbuk. Dalam periuk yg lain, masukkan ayam yg telah digoreng bersama susu cair, sos tomato, rempah yg telah ditumbuk, sedikit air, masak di atas api sehingga mendidih. Masukkan ubi kentang. Untuk memekatkan kuah, masukkan bawang besar yg telah digoreng. Masukkan kismis jika puan suka.
Kuzi boleh dimakan bersama nasi atau roti atau roti jala. Maaf, tiada resepi roti jala, sbb saya tak pandai menjala.


Masih ada lagi resepi yg ingin dikongsi. Bersambung..

0 comments: